Tuesday, December 03, 2002

CINTA seorang LELAKI yg sebenar.... As'salamualaikum wr wb.....
Buat kaum Adam ... jika benar anda menyintai seorang wanita, lihatlah sama ada apa yang tertulis dibawah ini sama seperti apa yang anda alami dalam melayari dunia percintaan. Bagi kaum Hawa pula... hargailah mereka... kerana kita tidak akan tahu bila mereka akan pergi dari sisi kita. Bercinta ini banyak dugaan dan halangan yang akan datang tanpa diundang. Semoga anda bijak memilih diantara permata dan kaca.

CINTA SEORANG LELAKI
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Hawa di ciptakan dari rusuk adam, Bukan dari kepalanya untuk di jadikan Pemimpinnya, Bukan dari kakinya untuk di jadikan alasnya, Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya, Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya, dan dekat di hatinya untuk di cintainya....
Assalamualaikum..
maklumat dibawah ini hanyalah sekadar untuk menambah pengetahuan kepada bakal-bakal pengantin dan suami isteri yang merancang untuk memperolehi zuriat di masa yang terdekat ini mahupun pada masa akan datang..Menurut kepercayaan orang-orang Melayu, anak yang dilahirkan dalam keadaan cacat anggota, bisu, buta, pekak atau sebagainya itu, adalah disebabkan tekanan
atau "terkenan" dalam masa mengandung. Namun sebenarnya dalam perkara ini berhubungan rapat dengan cara persetubuhan yang dilakukan oleh ibubapa itu sendiri. Oleh kerana itu banyak ikhtiar-ikhtiar yang diusahakan oleh para bijak pandai, sama ada melalui ilmu pengetahuan kedoktoran moden atau cara tradisi bomoh kebatinan, supaya anak-anak yang bakal lahir itu tidak cacat atau cedera dalam bentuk pancainderanya. Ataupun dari segi baik-buruk perangai dan kelakuannya. Tetapi semuanya ini adalah kudrat dan iradat dari Tuhan yang telah menentukan waktu anak itu masih dalam kandungan ibunya lagi, seperti firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya Allah jua yang berkuasa di atas segala-galanya." Banyak pendapat telah dirumuskan oleh para penyelidik timur dan barat mengenai hasil-hasil persetubuhan. Dibawah ini diperturunkan hasil-hasil penyelidikan tersebut berdasarkan daripada tarikh-tarikh melakukan persetubuhan itu sendiri dari pandangan atau dasar kiraan kalendar Islam mengikut peredaran bulan:-

1hb - kurang baik, lekas pemarah, tidak tetap hatinya dan suka hasad dengki.
2hb - kehidupannya di atas jalur (sempit), mudah berkelahi, dibenci orang, nafsunya rakus.
3hb - suka kejahatan dan maksiat, imannya mudah dikalahkan nafsu, sombong, takbur dan bangga
4hb - perangainya jahat bermegah, suka bohong dan mengkhianati orang.
5hb - murah rezeki, jadi kaya, suka beramal ibadat, taat undang-undang, tempat orang-orang memohon nasihat dan petunjuk bagi kebajikan.
6hb - suka merantau, bersuka-suka, boros dan gila.
7hb - gagah berani dan berterus-terang, tetapi kadang-kadang suka berbohong.
8hb - bintangnya baik, jadi kaya dan cekal berusaha.
9hb - suka menderhaka, busuk hati, engkar dan bengis.
10hb - baik hati, pemurah, bijaksana, bahagia hidupnya dan jaya dalam pekerjaannya.
11hb - baik hati, suka berbudi, taat undang-undang, disegani orang dan jadi pemimpin.
12hb - mudah sakit, derita, sukar hidupnya, sempit perjalanan dan fikiran.
13hb - tidak baik, mudah mendapat kemalangan dan sakit, banyak godaan hidup dan kesusahan.
14hb - murah rezeki, baik hati, pemurah, lemah-lembut dan suka berbudi
15hb - baik hati, senang pencariannya, bahagia, selalu gembira, lemah-lembut dalam segala hal.
16hb - nasibnya kurang baik, mudah ditimpa kemalangan dan bala, pemarah, sukar kehidupannya, suka bermegah.
17hb - hidupnya berbahagia, selalu didengki orang.
18hb - tidak baik, gemar kepada kejahatan, suka menyusahkan orang lain.
19hb - sentiasa dalam bahagia, tidak ada kebimbangan hidup, amanah dan dipercayai.
20hb - baik, bijaksana, berbudi dan bertimbangrasa.
21hb - tidak baik, sering ditimpa kemalangan, selalu dalam nahas.
22hb - baik, murah rezeki, dikasihi orang dan jadi pemimpin.
23hb - suka berbakti dan beramal, suka mencari ilmu dan menyiasat.
24hb - baik, dikasihi orang besar-besar dan berpangkat, dipercayai, tetapi banyak musuh.
25hb - degil, tidak mudah masuk nasihat, sukat menderhaka.
26hb - baik, berbakti, taat perintah, selalu takut menerima tuduhan.
27hb - tidak baik, selalu celaka hidupnya, terancam dan bahaya.
28hb - senang pencariannya, bahagia dan disegani orang, banyak hutang.
29hb - baik, murah rezeki, penyayang, berbudi, lemah-lembut, penyabar dan jadi pemimpin.
30hb - baik, lembut hati, pemurah, suka maksiat, lalai beribadat, susah menerima nasihat, menyesal kemudian dan boros.

Dengan peraturan-peraturan yang tertentu, kenikmatan dan kebahagiaan itu akan tercapai dengan sempurnanya. Semoga Allah S.W.T. meredhai dan memelihara kerukunan berumahtangga bagi para pembaca/netters sekalian. AMIN
(Someone mailed me this n juz felt like passing on to u guys........hope u had fun reading it!!!!)